Tuesday, December 25, 2012

Tips-Tips Sihat dan Kuat....

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-



1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. 
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud 
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur 
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita
5.. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah 
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 
Wassalam...



Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi 
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.



Wallahu'alam

Thursday, September 27, 2012

Dont Be Sad


Dont be sad??
Itulah ungkapan setiap kali seseorang mengalami perasaan sedih..

Walaupon saya seorang lelaki,tapi jiwa sy mudah tersentuh..
mmg org tidak akn sangka ttg saya ..
saya senang utk berasa kesian dgn org..
sy juga senang utk menitiskan air mata..
sama ada gembira atau pon sedih..

Ramai yg mengatakan saya mcm x de perasaan.
bile keadaan lawak,sy x ketawa,
bile seram,saya x takot..
.......
Tapi sebenarnya saya tidak meluahkan secara fizikal,
tapi dalam hati saya ketawa..
Entah mengapa..mungkin dh life sy mcm ni.
Tapi saya ske melihat org laen gembira,even diri saya tersiksa..
Moga2 kite semua mendapat hidayahnya..

Saturday, September 22, 2012

JOM MELATIH DIRI POSITIF


1.      Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.
      2.      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.
      3.      Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.
      4.      Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus.
      5.      Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya  gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.
      6.      Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.
      7.      Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
      8.      Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan sahaja anda menyedari tentang orang yang mempunyai masalah lebih besar daripada anda, namun terdapat keadaan emosional dan kerohanian yang harus anda alami ketika membantu mereka.
      9.      Hilangkan tekanan. Masalah anda akan menjadi lebih besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda daripada tekanan.
      10.  Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya adalah cabaran. Jadikan ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.



Kisah Guru Dan Murid
Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!''
Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.
Kenapa?
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Friday, September 21, 2012

22 Sept 2012

Ahmad Fadzil kini seorang yang anti-sosial,tidak seperti dahulu yang pentingkan kawan

Semua ini berlaku ada hikmahnya..
antara yang saya dpt ceritakan :
*tak buang mase melepak sehingga 4am
*tdak buang duit belanja mkn dgn kwn2 di luar
*tidak berbual kosong

Saya juga dapat manfaat dari itu ,dimana saya telah :
*Dapat tumpukan sepenuh perhatian di GYM,lebih serius
*Masak dirumah sahaja,maximum belanja harian RM3
*Dapat mengelak dari salah pilih kawan(masih  trauma)

Saya buat semua ini bersebab,atas nasihat ustaz dan kwn2,saya try hanya berkawan dgn kawan 
yang bergelar SAHABAT 
Sahabat sangat susah dicari,susah & senang bersama.
Moga kwn2 saya yang lagha tu,sedar dan terus menginsafi diri.
Saya pernah duduk serumah dgn kaki rokok,kaki ARAK,kaki perempuan,dan kaki club.

Alhamdulillah,bersyukur sangat kepada ALLAH sy dpt hindarkan dari itu,dan 
kini saya duduk dgn adik beradik sahaja.Segala yang terjadi ada hikmahnya..

Saya jadi kurang percaya kpd orang sekarang sbb ramai dah khianat saya.
So,dapatkan lah balik kepercayaan saya dulu..

Saya pergi GYM sebab nk sihat n dapat badan yang diingini.
Contohi Nabi Muhammad,berdada bidang dan tubuh sasa.Itulah yang saya inginkan.
Sebagai pesiapan untuk keselamatan diri & agama saya..

*Mudah2an kite semua mendapat hidayah,hidup ni x lame da...hmmm  

20 sept

                                                    Tanggal 20  September 2012

 Baru sahaja berlangsung satu kempen pilihanraya MPP UiTM Shah Alam.
Bagi saya,kempen kali ini nampak tidak adil dan ada mainan politik disitu.
DIMANAKAH wakil dari Fakulti Bisnes UiTM Shah Alam????

xDE sorang pon yang menang bagi fakulti kami.Apakah ini semua?
Dimana kami nk salurkan semua penambahbaikkan???
 Blurrrrr

Pilihanraya UiTM nampak benar  lain dari keadaan saya di Matrik.
........
Macam mane lain nye??Dulu saya,AHMAD FADZIL JINLAPUDIN
Merupakan salah seorang MPP juga..
Banyak perkara manis dan pahit sepanjang saya bergelar MPP MATRIK PERLIS

Antaranya :  
*Menang undian Majoriti daripada Pelajar Akaun,iaitu undian 793 dari 810 pelajar.
Masa tu memang bersemangat dan mula melibatkan diri dengan persekitaran dan pelajar
*Akibat dari jarang berjumpa dgn Lect ,saya telah diberi jawapan SETIAUSAHA AGONG..
wahhh..kerja perempuan yang saya dpt..
*Melibatkan diri dgn aktiviti pelajar,antaranya (Tarian,Lakonan,Pengacara Majlis,Nasyid)
*Bergerak dalam satu kumpulan yang hebat,kenangan terindah.


TAPI sekarang,semua dh lain.Sistem undian nampak kurang telus.Banyak jugak undi rosak.hmm..

***Saye tulis blog untuk luahan perasaan saja,tidaklah meluahkan di khalayak ramai di FB & Twitter